PRO-AIMP 2009 DI UPSI




Pada 3 ~ 5 April 2009, PSS SMK Paya Pulai telah mengadakan
satu program khusus untuk semua pengawas pusat sumber.
Program Integrasi & Motivasi Pustakawan ( PRO-AIMP ).
Program ini telah diadakan di Kolej Aminuddin Baki yang
terletak di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ).
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang
pada pustakawan sekolah melihat sendiri pengurusan
perpustakaan di universiti di samping memberi motivasi kepada
mereka melalui aktiviti- aktiviti yang dijalankan.
Para pelajar juga telah diberi peluang melawat
Perpustakaan Tuanku Bainun yang merupakan pusat ilmu di UPSI.
Kami berpeluang menggunakan sistem komputer untuk meminjam buku.
Tambahan lagi, pelbagai aktiviti telah dijalankan di perkarangan
Kolej Aminuddin Baki di bawah anjuran
Unit Perhubungan Awam & Antarabangsa kolej tersebut.
Aktiviti- aktiviti yang dijalankan telah dikendalikan oleh para fasilitator
yang merupakan mahasiswa dan mahasiswi universiti tersebut.
Sesungguhnya program ini memberi manfaat dan
pengalaman baru kepada pustakawan- pustakawan sekolah

dan diharap program seperti ini akan dianjurkan lagi pada masa hadapan.

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN

LAGU TEMA : U N I..I CAN FLY



VIDEO KOLEKSI GAMBAR AKTIVITI

0 comments:

Post a Comment