Matlamat
…………
- Untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang hayat.
- Untuk memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid sekolah dan warga sekolah.
Objektif Dasar 1M1S
- Untuk meningkatkan kecergasan jasmani
- Untuk membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
- Untuk memupuk perpaduan antara kaum
- Untuk membentuk budaya sukan di kalangan murid
Objektif Larian Serentak 1M 1S
………………………………..
Mewujudkan sokongan padu terhadap Dasar 1Murid 1Sukan untuk melaksanakan program ini dan mendapat catatan terbaru dalam Malaysia Book of Records melalui pelaksanaan larian serentak teramai dalam kalangan pelajar.
Konsep 1M 1S
………………
- Memberi akses kepada semua murid untuk mandapat faedah dari bersukan
- Menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan kurikulum kebangsaan
- membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya 1 jenis sukan

0 comments: