Pada 2 Julai 2011 semua pelajar dan warga SMK PAYA PULAI telah menjayakan program Larian 1 Malaysia. Larian yang bermula pada jam 7. 45 pagi dari tapak perhimpunan terbuka secara serentak telah dimulakan apabila bunyi hon larian dilepaskan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En.Norhelimi. Larian sejauh 1.5 kilometer dengan menjelajah Taman Setia Jasa itu telah selamat disempurnakan oleh semua warga SMK Paya Pulai dengan jayanya.

Matlamat
…………
- Untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang hayat.

- Untuk memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan murid sekolah dan warga sekolah.

Objektif Dasar 1M1S

- Untuk meningkatkan kecergasan jasmani

- Untuk membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni

- Untuk memupuk perpaduan antara kaum

- Untuk membentuk budaya sukan di kalangan murid

Objektif Larian Serentak 1M 1S
………………………………..

Mewujudkan sokongan padu terhadap Dasar 1Murid 1Sukan untuk melaksanakan program ini dan mendapat catatan terbaru dalam Malaysia Book of Records melalui pelaksanaan larian serentak teramai dalam kalangan pelajar.

Konsep 1M 1S
………………

- Memberi akses kepada semua murid untuk mandapat faedah dari bersukan

- Menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan kurikulum kebangsaan

- membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya 1 jenis sukan
















Pada 28 hingga 30 januari 2011.Pihak sekolah dan UPM telah membuat prokemp kepada pelajar PMR dan SPM seramai 72 orang pelajar dan 9 orang guru yang pergi ke UPM.Prokemp ini dibuat bertujuan untuk mendedahkan pelajar bertapa seronoknya belajar di universiti.Selain itu,dengan adanya prokemp ini pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar di sekolah.Disini pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UPM kerana sanggup menerima SMKPP ke UPM dan tidak lupa kepada pelajar-pelajar kolej ke-enam yang sanggup menghabiskan masa dan memberi motivasi kepada pelajar sekolah smkpp. "TERIMA KASIH"..



kenangan di UPM












Selain itu pihak upm telah membawa
kami ke pusat sains negara








Assalamualaikum..Pada 27 januari 2011 pusat sumber telah membuat perjumpaan kali pertama pada tahun 2011.Perjumpaan ini diadakan untuk melantik ajk-ajk pusat sumber pada tahun 2011 untuk memberi jawatan kepada pengawas pusat sumber.Perlantikkan ajk-ajk ini untuk melatih pengawas-pengawas pusat sumber supaya lebih bertanggungjawab dan berdisiplin dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan.Pelantikan ini telah calonkan oleh Cikgu Rohana iaitu guru pusat sumber sekolah.Selain itu,cikgu Rohana telah memberi nasihat dan teguran kepada semua pengawas pusat sumber supaya selalu berkerjasama dan ikhlas melakukan sesuatu perkara.Di sini saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada yang terpilih sebagai ajk-ajk pusat sumber pada tahun 2011 semoga pengawas pusat sumber patuh dengan arahan dan ikhlas melakukan tugasan yang dipertanggungjawabkan.



PENGAWAS PUSAT SUMBER 2010



PENGAWAS PUSAT SUMBER 2011

CIKGU ROHANA GURU PUSAT SUMBER SMK PAYA PULAI